fbpx

MIC mahu kekalkan kerusi tradisi – Saravanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan ketika bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Sumber Manusia di PICC hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – MIC berhasrat untuk kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 18 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi tradisi milik parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, partinya kekal dengan jumlah kerusi itu namun, ia masih terbuka untuk perbincangan atau sebarang pertukaran kerusi antara komponen BN yang lain.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia turut menyatakan untuk kekal bertanding di kerusi P72 Tapah yang disandangnya pada PRU-13 dan PRU-14 lalu.

“Kita akan kekal dengan jumlah kerusi itu namun sebarang pertukaran kerusi akan dibincang di peringkat pucuk tertinggi BN kelak,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Sumber Manusia 2022, hari ini.

Katanya, rakyat Malaysia perlu sedar bahawa hasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2030 perlu berjalan seiring dengan kestabilan politik.

Saravanan berkata, ketika ini, semua parti sudah diberi peluang untuk memerintah negara dan rakyat sendiri akan menentukan parti mana sesuai dengan mereka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI