fbpx

Hrithik Roshan, Saba Azad siapkan majlis perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HRITHIK ROSHAN dan kekasihnya, Saba Azad.

KISAH percintaan antara pelakon Hrithik Roshan bersama kekasihnya yang juga aktres Saba Azad dikatakan bakal memasuki fasa lebih serius selepas mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Dikhabarkan, Hrithik mahu segera mengahwini Saba sekali gus menamatkan zaman dudanya selepas mendapat restu daripada orang tua kekasihnya itu.

Berita gembira itu turut diakui beberapa kenalan rapat apabila mendakwa Hrithik dan Saba kini sibuk membuat persiapan melangsungkan majlis perkahwinan mereka.

“Hrithik dan Saba akan beralih ke fasa yang lebih serius sebagai pasangan suami isteri. Bahkan keluarga Hrihtik juga sangat menyayangi Saba,” kata sumber kepada Filmfare.

Menurut sumber, Saba juga ada berkunjung ke rumah keluarga Hrithik dan menyanyi menghiburkan keluarga bakal mentuanya.

Hubungan aktres berusia 36 tahun itu bersama bekas isteri Hrihtik iaitu Suzanne Khan juga terjalin cukup baik selain turut disayangi bakal anak tirinya, Rhehaan dan Hridhaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI