fbpx

Demi lagu baharu Blackpink, Jisoo makin cengkung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JISOO

BUKANLAH satu perkara baharu apabila artis idola mengamalkan diet ketat semasa dalam persiapan untuk membuat kemunculan semula dalam industri dengan karya baharu.

Perkara sama dilakukan oleh penyanyi Jisoo sempena kemunculan semula kumpulannya, Blackpink dengan lagu baharu pada bulan ini.

Perkara tersebut mula menjadi perbincangan hangat peminat selepas sebuah forum mengemas kini hantaran terbaharu memaparkan gambar terbaru Jisoo.

Dalam gambar hitam putih tersebut, Jisoo yang berdiri di hadapan sebuah cermin dilihat begitu cengkung dan lebih kurus berbanding biasa.

“Wah, dia semakin kurus. Jisoo memang sudah kurus, sekarang dia semakin mengecil,” kata seorang peminat.

Rata-rata peminat berharap Jisoo sentiasa menjaga kesihatan dengan baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI