fbpx

Bayi lima bulan maut Perodua Alza terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan.

TANGKAK – Perjalanan pulang lapan sekeluarga keluarga dipercayai dari Bukit Gambir menuju ke arah Tangkak berakhir dengan tragedi apabila Perodua Alza yang naiki terbabas sebelum terbalik dalam kejadian malam semalam.

Kejadian yang berlaku pada pukul 8.19 malam itu di Kilometer 161.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan telah meragut nyawa seorang bayi perempuan, Nor Jasmin berusia lima bulan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata, kemalangan itu turut menyebabkan tujuh ahli keluarga yang lain cedera.

“Mereka terlibat adalah suami isteri, Mohd. Hafizal Mohd. Daud, 29, dan Kasmeen Kholisah Khairul Amin, 29, bapa dan ibu kepada Mohd. Hafizal iaitu Mohd. Daud Mohd. Senin, 53, serta isterinya, Zaharah Mohd. Amin, 60an.

“Empat lagi yang terlibat adalah anak-anak Mohd. Hafizal iaitu Mohd Noah, 5, Mohd. Aqil, 4, Aara Aqirah, 3, manakala bayi perempuan yang maut adalah Nor Jasmin,5 bulan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Rafiah, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor sebelum sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI