fbpx

Tiada keperluan cuti ‘haid’ – Siti Zailah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Zailah.

KUALA LUMPUR – Ketika ini tiada keperluan untuk pihak kerajaan meluluskan cuti ‘haid’ bagi pekerja wanita yang mengalami masalah tersebut.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Siti Zailah Mohd. Yusoff menjelaskan ia tidak diperlukan kerana cuti sedia ada telah mencukupi.

“Tiada keperluan untuk kerajaan melaksana dan meluluskan cuti haid kerana cuti sedia ada sudah mencukupi,” jelasnya ringkas di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan M. Kurupaiya (PH-Padang Serai) yang ingin tahu adakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan cuti haid bagi pekerja wanita yang sakit sehingga tidak boleh melakukan kerja mereka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI