fbpx

Sembilan ‘scammer’ didenda RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara 'scammer' yang didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas kesalahan menawarkan pinjaman tidak wujud pada 17 Julai lalu. /FOTO ADNAN IBRAHIM

BATU PAHAT – Sembilan individu termasuk seorang remaja berusia 17 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan terlibat dalam sindiket penipuan tawaran pinjaman wang tidak wujud, pertengahan Julai lalu.

Semua tertuduh mengangguk faham dan kemudiannya mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.

Mereka yang dituduh ialah Mohammad Shahrul Affendy Kamarulzaman, 24, Muhammad Qanarul Jafree, 25, Muhammad Zulfaizzat Zakaria, 30 dan Muhamad Muslim Hamidi,24,

Selain itu, Siti Nur Fadilah Abdul Rahman,19, Huda Nadiela Hashim,19, Tan Jun Fatty, 18, Wong Jong Sin, 23, serta remaja perempuan berusia 17 tahun.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa bersama-sama sebagai satu pakatan melakukan perbuatan salah di sisi undang-undang iaitu menawarkan pinjaman tidak wujud. Kesalahan didakwa dilakukan di Nombor 15, Jalan Jambu Air, Taman Sentosa di sini pada pukul 1 pagi pada 17 Julai lalu.

Terdahulu, peguam bela dalam pada itu merayu pihak mahkamah mengenakan hukuman yang ringan kepada semua OKT kerana sudah insaf dengan kesalahan dilakukan dan tidak mempunyai kes jenayah lampau selain masih muda.

Nurasidah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda ke atas kesemua mereka kecuali remaja perempuan berkenaan.

Mahkamah membenarkan remaja perempuan itu diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 1 September depan.

Remaja itu dibenarkan diikat jamin kerana pemberat hukuman tidak boleh dikenakan ke atasnya berikutan masih dibawah umur ketika melakukan kesalahan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI