fbpx

1MDB: PDRM selesai rakam percakapan bekas Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Mohamed Apandi Ali

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah selesai merakam percakapan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam siasatan 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (SUPM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin dalam kenyataan berkata, rakaman percakapan telah diambil hari ini kira-kira pukul 2.30 petang dan selesai pukul 3.45 petang.

Bagaimanapun, lokasi rakaman percakapan tersebut masih tidak diketahui dan PDRM juga mengesahkan proses tersebut tidak dibuat di Bukit Aman.

Kosmo! semalam melaporkan, PDRM akan mengambil keterangan Tan Sri Mohamed Apandi Ali di Bukit Aman pukul 2.30 petang bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam siasatan 1MDB. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI