fbpx

Perlu dinamik untuk menang di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) bersama kepimpinan tertinggi BN pusat dan Selangor selepas merasmikan penutupan Konvokesyen BN Selangor, malam ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor perlu melakukan perubahan termasuk menerima calon baharu selaras kedinamikan bagi memastikan kemenangan di negeri ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Selangor adalah negeri kosmopolitan yang mendambakan perubahan drastik dan bukan retorik serta perlu ditangani dengan luar biasa.

“Selangor terutama pengundi muda berusia 18 hingga 40 tahun adalah kira-kira 54 peratus di kalangan mereka.

“Sudah tiba masanya, orang-orang lama beri peluang kepada orang baharu untuk menjadi calon.

“Zaman kita jadi wakil rakyat, mereka inilah membantu kita, zaman kita telah lepas dan kita pula harus membantu muka baharu untuk menang,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Konvokesyen BN Selangor di Pusat Konvokesyen Setia City, malam ini.

Jelas Zahid, kemenangan di Melaka dan Johor sebelum ini tidak boleh dijadikan acuan sebaliknya perlu melakukan ‘game charger’.

“Selangor banyak tokoh termasuk golongan profesional dari anak Selangor dan orang politik harus berjiwa besar kalau mahu mengembalikan Selangor kepada BN.

“Oleh kerana kita telah lama jadi ‘warlord’, kalau ada golongan profesional mahu masuk, kita suruh orang cawangan sekat jangan terima dia. Selangor, kalau mahu menang berubahlah dan terima sesiapa yang taat parti,” katanya.

Mengulas mengenai pelantikan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Bendahari BN Selangor, Ahmad Zahid menjelaskan ini langkah permulaan beliau untuk terjun sebagai orang politik.

“Peluang itu adalah peluang terbaik bukan sahaja kerana telah dikenali tetapi tentu beliau punya hasrat untuk terlibat secara langsung dalam parti politik. Beliau (Tengku Zafrul) telah menjadi ahli UMNO cawangan Travers sejak 1993 lagi.

“Kita juga mencari tokoh ‘heavyweight’ (lain) di kalangan ahli profesional, korporat yang merupakan anak Selangor untuk kita ketengahkan,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI