fbpx

Sembilan anggota polis disiasat kes peras ahli perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sembilan anggota polis disiasat selepas disyaki terlibat dalam kes pemerasan seorang ahli perniagaan berkaitan dadah di Gombak.

Kesemua mereka berpangkat Konstabel hingga Sub Inspektor ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, tindakan itu dilaksanakan selaras dengan siasatan tatatertib.

Katanya, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima laporan daripada pengadu pada 26 Julai lalu.

“Sembilan anggota berpangkat Konstabel hingga Sub Inspektor dan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik itu disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

“Mereka dipercayai memeras berkaitan kes memiliki dadah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Semakan mendapati pengadu turut memiliki rekod kes dadah. Tindakan itu turut dimaklumkan kepada Bukit Aman bagi arahan pertukaran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI