fbpx

Tentera gila bayang cintakan isteri rakan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lumba telah dikenakan perintah larangan kerana mengganggu isteri rakan sekerjanya. - Solent News

LONDON – Seorang anggota tentera Gurkha British dikenakan perintah sekatan kerana  taksub dengan isteri rakan sekerja dan mengganggu mangsa di media sosial, lapor akhbar Daily Star UK, semalam.

Sebuah mahkamah tentera mendengar kes melibatkan Sarjan Bamprasad Lumba yang menampilkan perasaan obses dan dan tidak wajar terhadap Kusum Thapa-Gurung dan menjadi penghendap dalam kehidupan wanita tersebut.

Bamprasad yang sudah berkahwin akan bertanya bila dia boleh datang untuk makan malam dan menelefon Kusum sebanyak 27 kali dalam tempoh empat bulan.

Lelaki itu juga gigih membuat profil baharu di media sosial untuk menghantar mesej kepadanya selepas disekat oleh Kusum pada mulanya.

Susulan aduan kepada polis tentera, Bamprasad mengakui salah atas pertuduhan melakukan  gangguan  antara September 2020 hingga Januari 2021. Dia turut diturunkan pangkat kepada  Koperal dan dilarang  daripada bertemu atau menghubungi Kusum.

“Mangsa dalam kes ini ialah isteri seorang lagi sarjan Gurkha yang tinggal dalam komuniti Gurkha dan anda berdua tinggal di jalan yang sama.

“Anda mewujudkan perasaan tidak wajar terhadap wanita ini dan mengganggunya dengan banyak mesej Facebook dan mesej Instagram dan khususnya 27 panggilan telefon.

“Dia pernah menjadi banduan di rumahnya sendiri kerana takut untuk keluar dan mengalami  tekanan perasaan,” kata Hakim Robert Hill  di Mahkamah Tentera Bulford, Wilts.

Suami Kusum berkhidmat dalam rejimen yang sama dengan Bamprasad.

Bamprasad daripada 94 Rejimen Logistik Gurkha bagaimanapun dalam kenyataan pembelaan memberitahu bahawa perasaan tersebut berbalas dan ia adalah hubungan sulit dua hala. – Agensi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI