fbpx

Ousmane Dembele buktikan Barcelona buat keputusan tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMBELE (kiri) berjaya memikat Xavi dengan aksi yang ditampilkan ketika Barcelona terikat 2-2 menentang Juventus. – AFP

DALLAS – Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez memuji aksi ditampilkan pemain sayap, Ousmane Dembele selepas menja­ringkan dua gol ketika membantu pasukan itu seri 2-2 menentang Juventus pada perlawanan persahabatan di Stadium Cotton Bowl kelmarin.

Selepas menandatangani kontrak baharu sehingga 2024, pemain berusia 25 tahun itu me­nunjukkan aksi cukup baik dalam aksi pramusim dan dijangka menjadi pemain tonggak buat Barcelona menjelang saingan musim baharu.

Justeru, Xavi mengakui beliau sangat gembira selepas Dembele bersetuju untuk terus menyarung jersi pasukan itu memandangkan beliau tahu kemampuan yang dimiliki pemain antarabangsa Perancis tersebut.

“Dia (Dembele) sudah menunjukkan kemampuan yang dimiliki pada perlawanan hari ini (kelmarin). Dia adalah pemain yang cukup istimewa kerana gerakan dilakukan memberi kelebihan kepada pasukan.

“Tidak ramai pemain yang mampu membawa kelainan kepada pasukan seperti yang ditawarkan Dembele. Saya tahu dia gembira untuk memperbaharui kontrak bersama Barcelona dan kekal di sini bersama kami untuk memburu kejayaan,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga percaya pemain tengah, Miralem Pjanic masih memiliki masa depan di Camp Nou selepas menampilkan aksi cukup baik sepanjang saingan pramusim di Amerika Syarikat (AS).

“Saya gembira dengan prestasi yang ditampilkan. Dia merupakan seorang pemain yang sangat unik dan memiliki visi dalam perlawanan. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku pada jendela perpindahan kali ini,” ujar Xavi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI