fbpx

WHO diminta tukar nama cacar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sesiapa sahaja boleh dijangkiti cacar monyet yang sudah lama menjadi endemik di rantau Afrika Tengah dan Afrika Barat. - NBC News

BANDAR RAYA NEW YORK  –  Bandar Raya New York meminta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menukar nama virus cacar monyet untuk mengelakkan stigma yang menyebabkan pesakit  malu untuk mendapatkan rawatan.

New York merekodkan lebih banyak kes cacar monyet berbanding bandar-bandar  lain di Amerika Syarikat (AS) dengan 1,092 jangkitan dikesan setakat ini. 

“Kami amat bimbang tentang prejudis  virus cacar monyet terhadap komuniti tertentu,”  kata Pesuruhjaya Kesihatan Awam Bandar Raya New York,  Ashwin Vasan dalam sepucuk surat bertarikh kelmarin kepada Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Vasan merujuk kepada sejarah rasis dan penderitaan akibat penggunaan terminologi penyakit termasuk cacar monyet terhadap masyarakat bukan kulit putih. 

Beliau berkata, cacar monyet bukan berasal daripada spesies beruk atau monyet seperti yang dicadangkan nama tersebut. Menurutnya, kesilapan maklumat semasa permulaan wabak  HIV telah mencetuskan kesan negatif termasuk impak perkauman terhadap komuniti Asia termasuk  tindakan bekas Presiden Donald Trump menggelarkan Covid-19 sebagai ‘virus China’.

“Berterusan menggunakan ‘cacar monyet’ untuk menjelaskan wabak semasa ini akan menghidupkan semula perasaan trauma, rasisme dan stigma terutamanya terhadap  orang kulit hitam dan penduduk kulit gelap lain di samping anggota masyarakat lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), malah mereka mungkin enggan  mendapatkan rawatan kerana stigma tersebut,” kata Vasan.

Katanya, sesiapa sahaja boleh dijangkiti cacar monyet yang sudah lama menjadi endemik di rantau Afrika Tengah dan Afrika Barat tetapi  telah merebak ke Eropah serta AS terutamanya membabitkan lelaki homoseks.

Tiada kematian dilaporkan di Eropah dan AS setakat ini.

Lebih 16,000 kes disahkan telah direkodkan di 75 buah negara sepanjang tahun ini, kata WHO Isnin lalu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI