fbpx

Seleweng diesel bersubsidi untuk industri pembalakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa KPDNHEP memeriksa lori yang mengisi diesel ke dalam tangki tambahan disyaki untuk industri pembalakan di sebuah stesen minyak di Baling pada semalam.

BALING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membongkar kegiatan licik penyelewengan diesel bersubsidi dari sebuah stesen minyak di pekan Kuala Ketil di sini untuk kegunaan industri pembalakan.

Stesen minyak tersebut diserbu sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Baling pada pukul 1.30 tengah hari semalam.

Dalam serbuan itu, sebanyak 1,200 liter diesel dianggarkan bernilai RM2,580 serta sebuah lori satu tan dengan tangki tambahan dirampas.

Pengarah KPDNHEP negeri, Affendi Rajini Kanth memberitahu, pihaknya mendapati terdapat sebuah lori yang telah diubah suai sedang mengisi diesel ke dalam tangki asal.

“Minyak diesel tersebut seterusnya disedut ke dalam tangki tambahan yang berada di atas lori menggunakan pam yang telah dipasang pada badan kenderaan berkenaan.

“Kapasiti muatan tangki tambahan itu dipercayai boleh memuatkan kira-kira 6,000 liter cecair,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, hasil pemeriksaan lanjut mendapati pemandu lori gagal untuk mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada Pengawal Bekalan KPDNHEP bagi membolehkan barang kawalan itu yang dalam kuantiti tidak munasabah berada dalam kawalannya.

“Susulan itu, dua lelaki yang
merupakan pemandu dan kelindan lori terbabit ditahan untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Menurutnya, soal siasat awal mendapati minyak diesel berkenaan dibeli untuk kegunaan jentera bagi industri pembalakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI