fbpx

Mayat dalam Alphard: Tiada kaitan dengan penghuni kondominium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua remaja ditemui mati dalam Toyota Alphard yang diparkir bawah tanah di sebuah bangunan kediaman di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 29 Mei lalu.

KUALA LUMPUR – Polis mendedahkan tiada kaitan ditemui antara semua penghuni kediaman serta dua remaja yang mati dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard di kawasan parkir bawah tanah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 29 Mei lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, ia berdasarkan siasatan dan rakaman keterangan lebih 15 individu sepanjang tempoh siasatan dijalankan.

“Setakat ini, kita mendapati kedua-dua mangsa tiada kaitan dengan pemilik parkir atau penghuni di kondominium berkenaan.

“Polis sudah merakam keterangan ramai pihak termasuk ahli keluarga mangsa, kenalan, pihak kondominium dan individu sekelilingnya yang dipercayai boleh membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontijen Kuala Lumpur 2022 di Pulapol Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Menurut Azmi, semua keterangan itu perlu diambil bagi mendapatkan kesimpulan kes sebelum melengkapkan kertas siasatan dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Jelasnya, polis juga masih menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Kimia berhubung punca kematian dua remaja berkenaan.

Tambahnya, laporan itu mengambil masa agak lama kerana ia melibatkan beberapa agensi yang berbeza.

Terdahulu, akhbar melaporkan misteri kehilangan dua sekawan sejak 25 Mei lalu terjawab apabila kedua-duanya ditemui mati dalam sebuah MPV Toyota Alphard di parkir bawah tanah di sebuah bangunan kediaman di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Hasil pemeriksaan di lokasi menemukan mayat seorang remaja perempuan di bahagian penumpang hadapan manakala mayat remaja lelaki pula di tempat duduk belakang MPV tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI