fbpx

Lelaki mengaku rogol, amang seksual remaja dijel 64 tahun, 8 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diringi warden penjara selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

MELAKA – Tindakan seorang juruteknik melarikan seorang pelajar tingkatan satu dari sebuah sekolah di Klang ke Melaka bagi melakukan perbuatan keji dengan merogolnya berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara 64 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Mohd. Sabri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Azali Abu, 40, yang membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja lapan pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut empat pertuduhan, tertuduh yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak didapati telah merogol seorang kanak-kanak berusia 13 tahun tanpa kerelaannya.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Tertuduh juga dihadapkan dengan empat pertuduh atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama dan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta sama.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Bachang, dalam daerah Melaka Tengah pada 16 dan 17 Jun lalu.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan kerana telah menyesal dan insaf dengan perbuatannya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh dengan mengambil kira tindakannya melarikan seorang pelajar sekolah dari Klang, Selangor dan bawa ke tempat asing di Melaka.

Tertuduh juga telah berusia 40 tahun, manakala mangsa hanyalah seorang pelajar tingkatan satu dan sepatutnya golongan dewasa itu membimbing kanak-kanak tersebut, bukan sebaliknya.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan satu sebatan bagi setiap kesalahan merogol dan penjara enam tahun serta satu sebatan bagi setiap pertuduhan amang seksual fizikal.

Beliau memerintahkan hukuman di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan itu berjalan secara berasingan, manakala Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 berjalan serentak dari tarikh tarikh ditangkap 25 Jun lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI