fbpx

Kekerapan operasi tren ERL ditambah mulai 1 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Bermula 1 Ogos ini, perkhidmatan rel khas KLIA Ekspres dan KLIA Transit akan menambah jumlah kekerapan operasi tren termasuk di luar waktu puncak.

Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) menerusi hantaran di laman sosialnya berkata, pada waktu puncak, enam perkhidmatan disediakan dalam masa sejam atau selang tempoh 10 minit.

“Sekiranya di luar waktu berkenaan pula, kekerapan operasi tren ini bakal ditingkatkan kepada tiga perkhidmatan dalam setiap jam atau selang masa 20 minit.

“Sebelum ini, jadual frekuensi rel khusus Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang itu ialah 15 minit ketika waktu puncak serta 30 minit di luar waktu puncak,” katanya.

Mengulas lanjut, ERL memaklumkan bahawa tempoh waktu puncak untuk operasi kedua-dua tren itu ialah dari pukul 7 pagi sehingga 9 pagi dan 5 petang sehingga 7 petang yang akan bertolak secara serentak masing-masing dari KL Sentral dan KLIA2 untuk perkhidmatan pertama pukul 5 pagi manakala perkhidmatan terakhir pula 12 tengah malam.

Perjalanan antara KL Sentral-KLIA ialah 35 minit namun untuk KLIA2 ialah 40 minit dengan semua kaunter tiket pula beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari.

Tiada perubahan dari segi tambang perkhidmatan dan para pelanggan digalakkan membeli tiket melalui aplikasi atau laman sesawang KLIA Ekspres untuk menikmati tawaran diskaun.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI