fbpx
JANNA NICK turut menyerikan majlis persandingan Wany Hasrita baru-baru ini.

Janna Nick, bila pula nak naik pelamin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUDAH lumrah, jika individu berstatus bujang hadir ke majlis pernikahan, pasti akan dihujani dengan pertanyaan tentang perkahwinan.

Sama juga halnya yang berlaku pada Janna Nick apabila dia memuat naik foto bersama pasangan pengantin baharu, Wany Hasrita dan suami.

Selepas Amira Othman, dia pula menjadi sasaran netizen.

“Janna ambil seri pengantin daripada Wany, tak sabar tunggu nasi minyak #jannadini,” seloroh netizen.

“Tak sabar nak tunggu giliran Janna pula, semoga dipermudahkan,” komen seorang lagi netizen.

Ramai sudah mula teruja dan mendoakan agar giliran Janna untuk bergelar isteri dipercepatkan.

Semoga makbul doa mereka dan dapatlah lihat Janna dan kekasih hatinya naik pelamin cepat.

MIZZ LAHAR: Ada yang kata muka Wany dengan suami nampak seiras. Selalunya kalau begitu, orang kata jodoh panjang.

POPULAR