fbpx

Engie-Sunway bangunkan hab gaya tepian air bersepadu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAUDLOT (dua dari kanan, depan) bersalaman dengan Pengarah Eksekutif Kanan Sunway Property, Chong Sau Min pada majlis menandatangani perjanjian di Subang Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Engie-Sunway DCS Sdn. Bhd. (Engie-Sunway) telah memeterai perjanjian bina, miliki, kendali dan pindah milik (BOOT) bagi mewujudkan sistem penyejukan berpusat hab gaya hidup tepian air bersepadu baharu bagi Sunway Property.

Hab tersebut bakal dikenali sebagai Sunway South Quay Commercial Precinct 2 (CP2).

Engie-Sunway adalah syarikat bersekutu dengan pemilikan 40 peratus kepentingan oleh Sunway SK Sdn. Bhd. yang juga me­rupakan anak syarikat milik penuh Sunway Construction Group Berhad (SunCon).

Ketua Pegawai Eksekutif ­Penyelesaian Tenaga Asia Pasifik dan Ketua Negara Engie, Thomas Baudlot berkata, pembangunan Sunway South Quay CP2 terdiri daripada blok pejabat 23 dan 21 tingkat, komponen runcit Engie setinggi lima tingkat dan blok universiti 12 tingkat.

Ia juga terdiri daripada Pusat Seni Persembahan Sunway University dengan pensijilan LEED Gold dan GreenRE yang melibatkan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM2 bilion.

“Penyelesaian rendah karbon pertama yang dibangunkan secara bersama ini akan membantu Sunway South Quay CP2 berjimat hampir 20 peratus tenaga untuk keperluan penyaman udaranya.

“Saya yakin kombinasi keupayaan kedua-dua organisasi ini akan membolehkan kami mempercepatkan penggunaan penyelesaian ini di seluruh Malaysia dan membantu memacu agenda peralihan tenaga negara,” kata­nya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Baudlot menerangkan, pelaksanaan penyelesaian berpusat di Sunway South Quay CP2 itu akan menyaksikan sistem penyejukannya memiliki kapasiti lebih daripada 7,000 tan penyejukan (RT).

Tambah beliau, projek tersebut bakal beroperasi menerusi model BOOT untuk pembangunan bercampur di ta­nah yang belum dimajukan masa depan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI