fbpx

Treler angkut pesawat punca trafik sesak teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik di Jalan Raya Kemang-Parung sesak teruk akibat lori treler yang mengangkut badan pesawat tersebut. – Tribunnews

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario  sebuah pesawat diangkut menggunakan treler di atas jalan raya sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Dalam kejadian di Bogor, wilayah Jawa Barat kira-kira pukul 6.45 pagi (waktu tempatan) semalam, pesawat jenis Boeing berwarna putih itu dibawa melalui jalan raya sekali gus  mengganggu kelancaran trafik.

Keadaan bertambah buruk apabila treler tersebut bertembung dengan kenderaan besar seperti lori atau bas atau berada di laluan sempit.

Berdasarkan video yang dikongsikan itu, treler tersebut dilihat menghalang laluan jalan raya dan  menyebabkan penunggang motosikal terpaksa berhenti.

Ada antara mereka yang terpaksa mencari ruang di celah badan pesawat untuk melalui jalan tersebut.

Ketua Polis bahagian Kemang, Komisioner Polis Arie Trisnawati berkata, keadaan trafik di Jalan Raya Kemang-Parung sesak teruk akibat lori treler yang mengangkut badan pesawat terbabit.

Katanya,  kenderaan pengangkut badan pesawat sepatutnya melakukan aktiviti itu pada waktu tengah malam, namun disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan, ia terpaksa diangkut pada waktu pagi.

“Kami ingin mengingatkan bahawa sebarang aktiviti mengangkut badan pesawat dari gudang perlu dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI