fbpx

PPZ-MAIWP terima zakat perniagaan lebih RM11 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (kiri), menyerahakn jumlah keseluruhan pungutan zakat korporat kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Dr. Mohd Daud Bakar (kanan), sambil diperhatikan Ahmad Marzuk (tengah) pada Majlis Zakat Korporat 2022, di Hotel Perdana, di sini hari ini. - FOTO: SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menerima bayaran zakat perniagaan sebanyak RM11,202,867.33 daripada 20 syarikat korporat di sini hari ini.

Penyerahan zakat perniagaan oleh syarikat-syarikat terlibat merangkumi tahun (haul) 2020 hingga 2022.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary memaklumkan setakat Jun 2022, jumlah kutipan zakat di PPZ-MAIWP meningkat sembilan peratus berbanding tempoh sama tahun 2021.

“Sebanyak RM423 juta kutipan setakat Jun tahun ini berbanding RM387 juta tahun lalu dan daripada jumlah tersebut, RM56.6 juta adalah daripada zakat perniagaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Zakat Korporat 2022 di sini hari ini.

Tambah beliau, pihaknya akan memastikan PPZ dan MAIWP dapat menjalankan fungsinya dengan baik sama ada dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dalam melaksanakan Rukun Islam ini mahupun dalam aktiviti agihan zakat serta bantuan-bantuan yang diterima kepada asnaf dan golongan yang layak sebaiknya.

Sementara itu, Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, melihat kepada situasi ekonomi yang tidak menentu ketika ini, sukar untuk menjangkakan peningkatan kutipan zakat perniagaan.

Bagaimanapun, beliau optimis bahawa syarikat-syarikat korporat di Malaysia cakna dengan tanggungjawab dan kewajipan dalam menunaikan zakat perniagaan mereka.

“Jika kita yang masih ada pendapatan dan keuntungan perniagaan ini berasa terkesan, apatah lagi buat mereka golongan kurang berkemampuan. Saya menyeru syarikat-syarikat serta individu-individu untuk tunaikanlah zakat agar jumlahnya mencukupi untuk menampung perbelanjaan zakat asnaf di Wilyah Persekutuan ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI