fbpx

Pengurusan kes rayuan Isa Samad hukuman penjara, denda 8 September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isa Samad

PUTRAJAYA –  Mahkamah Rayuan di sini menetapkan 8 September ini untuk pengurusan kes rayuan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad terhadap sabitan serta hukuman penjara dan denda atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Tarikh itu ditetapkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan Tan Chai Wei ketika pengurusan kes secara dalam talian hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz ketika dihubungi berkata pengurusan kes selanjutnya yang ditetapkan kerana rekod rayuan belum siap.

Terdahulu pada 3 Februari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mensabitkan Mohd. Isa, 72, hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan keseluruhan 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun Mohd. Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun setelah Hakim Datuk Mohd. Nazlan Mohd Ghazali (kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan) memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Hukuman itu dijatuhkan selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tersebut.

Mahkamah juga menaikkan jumlah jaminan daripada RM800,000 kepada RM1.5 juta selain tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga rayuan selesai.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memfailkan notis rayuan terhadap sabitan salah serta hukuman penjara dan denda yang dikenakan terhadapnya pada 4 Februari 2021.

Mohd. Isa berdepan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,090,000 daripada Ahli Lembaga Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd. Ikhwan Zaidel menerusi Muhammad Zahid Md Arip, bekas pegawai khas politik Mohd. Isa, sebagai tanda terima kasih bagi membantu meluluskan pembelian hotel oleh FICSB pada harga RM160 juta. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI