fbpx

Penduduk Lembah Klang terkejut bekalan elektrik putus, tanpa notis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial ketika ini rungutan hampir kesemua penduduk sekitar Lembah Klang terkesan dengan masalah bekalan eletrik terputus secara tiba-tiba.

Mereka meluahkan rasa kecewa apabila tiada sebarang notis gangguan dikeluarkan oleh pihak tertentu temasuklah Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Meninjau ke laman Facebook dan Instagram, ramai berkongsi keadaan kawasan tempat tinggal dan lokasi mereka yang terjejas ketika ini.

“Satu kawasan rumah saya di Bangi tiba-tiba tiada elektrik, tengah memasak, lampu padam, bila tanya jiran, rumah mereka pun tiada elektrik sekarang,” kongsi Fatimah.

“Kenapa tiba-tiba kawasan sekitar Bandar Tun Razak ‘blackout’,” ujar Lily Chew.

Lebih parah, beberapa hospital dan klinik sekitar Lembah Klang turut mengalami gangguan operasi secara mengejut.

Beberapa pengurusan pejabat juga terpaksa dihentikan sementara waktu kerana mesin dan alat komunikasi mereka tidak dapat disambung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI