fbpx

Pemandu trak pikap perlu latihan pengendalian tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amalan mengikuti peraturan dapat mencegah daripada berlaku sebarang kemalangan. - Gambar Hiasan

PUTRAJAYA – Pemandu trak pikap disaran mendapatkan latihan pemanduan tambahan di institut latihan memandu bagi meningkatkan kemahiran pe­ngendalian kenderaan mengikut keperluan masing-masing.

Ketua Pengarah Jabatan Pe­ngangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, saranan itu tidak terhad kepada pemandu trak pikap, tetapi semua jenis kenderaan dalam usaha memantapkan pemanduan mereka.

“JPJ berpandangan isu kemalangan yang berlaku sekarang berkait rapat dengan sikap pemandu trak pikap seperti laju walaupun jalan licin dan hujan lebat,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Datuk Zailani Hashim

Beliau mengulas laporan Kos­mo! semalam mengenai saranan pakar automotif agar lesen khas trak pikap diwujudkan bagi mengu­rangkan kemalangan membabitkan kenderaan itu.

Katanya, corak pemanduan berbahaya seperti mengekori rapat kende­raan di hadapan juga mengundang bahaya jika berlaku situasi brek secara mengejut.

“Selain itu, pemandu juga mudah hilang kawalan apabila memandu di laluan beralun kerana kurang memberi perhatian kepada penggunaan gear yang betul.

“Terdapat juga pengubahsuaian teknikal atau mekanikal dalam enjin serta struktur trak pikap sekali gus menyumbang kepada kegagalan kenderaan untuk berfungsi dengan baik ketika berlakunya situasi kecemasan,” jelas beliau.

Ditanya mengenai keperluan lesen khas trak pikap, Zailani memberitahu, tiada keperluan bagi pihaknya untuk mewujudkan lesen itu ketika ini.

“Secara amnya pemilikan le­sen memandu Kelas D mencukupi sebagai pendedahan awal pemanduan, skop atau modul ujian selain tempoh pengalaman dan kemahiran mengendalikan trak pikap.

“Walau bagaimanapun JPJ akan sentiasa memantau dan melaksanakan penguatkuasaan dan advokasi secara berterusan kepada pemilik pikap bagi memastikan peraturan yang ditetapkan dipatuhi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI