fbpx

Elektrik terputus: Beberapa kawasan telah pulih kecuali Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini mengesahkan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sedang mengalami gangguan elektrik melibatkan 2.2 gigawatt (GW) iaitu 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan.

TNB dalam satu kenyataan berkata, insiden gangguan bekalan elektrik itu dilaporkan berlaku mulai pukul 12.39 tengah hari.

“Ia melibatkan 2.2 GW yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan.

“Antara kawasan yang terjejas adalah di Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota,” ujarnya.

Jelas kenyataan itu, bekalan elektrik telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Klang.

Tambahnya, TNB sedang mengenal pasti punca kejadian dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

“TNB akan memaklumkan kepada para pelanggan dari masa ke semasa.

“Kami juga memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI