fbpx

Elektrik terputus: Terminal utama KLIA turut terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEPANG – Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilaporkan turut mengalami gangguan bekalan elektrik seperti dialami di beberapa kawasan sekitar ibu negara ketika ini.

Malaysia Airports dalam satu hantaran Facebook berkata, pihaknya memohon maaf atas gangguan itu selain mengharapkan penumpang yang bakal berlepas ke destinasi masing-masing kekal bersabar.

“Pasukan kejuruteraan kami sedang berhubung dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menyelesaikan masalah ini.

“Para penumpang diminta untuk berhubung dengan pasukan kami di lapangan untuk bantuan segera selain diminta untuk kekal tenang,” katanya.

Terdahulu, beberapa kawasan di ibu negara mengalami gangguan bekalan elektrik hingga menjejaskan aktiviti harian orang ramai – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI