fbpx

Covid-19: 4,749 kes direkodkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini terus mencatatkan trend peningkatan semalam apabila sebanyak 4,749 kes direkodkan termasuk tiga kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,621,835 kes setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 4,806 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 sebanyak 4,577,518.

Katanya, sebanyak 46,260 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan sejumlah negatif 56 kes semalam.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,840 diikuti Selangor (1,447), Perak (223), Pulau Pinang (211), Sabah (209), Negeri Sembilan (170), Kedah (130) dan Melaka (103).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Sarawak (95), Johor (74), Kelantan (73), Putrajaya (59), Pahang (47), Terengganu (37), Labuan (27) dan Perlis (14),” kata maklumat itu tadi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 12 kematian dilaporkan dengan tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,932.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,631 setakat ini.

Sebanyak 44, 708 kes dikuarantin di rumah, 23 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,477 kes di hospital, 24 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 28 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI