fbpx
RABIOT dilapor bakal meninggalkan Juventus musim depan. – AFP

Andrien Rabiot masih memilih destinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Ejen pemain tengah Juventus, Adrian Rabiot dilaporkan sedang mengenal pasti pasukan yang sesuai selepas kontraknya di Turin berbaki semusim sahaja lagi biarpun dikaitkan dengan penghijrahan ke Liverpool.

Pemain berusia 27 tahun itu menyertai Juventus pada musim panas 2019 dengan status ejen bebas selepas kontraknya berakhir di Paris Saint-Germain dan berjaya menjadi tonggak penting dengan membuat 129 penampilan di Serie A.

Rabiot ketika ini tidak me­nyertai aksi pramusim bersama Juventus di Amerika Syarikat sebaliknya dilepaskan atas alasan masalah peribadi menyebabkan ramai berpendapat pemain itu sedang mencari pa­sukan baharu.

Bulan lalu menyaksikan Li­verpool dikaitkan dengan Rabiot apabila skuad kendalian Jurgen Klopp itu dilaporkan bersedia untuk mengemukakan tawaran pertukaran pemain melibatkan Naby Keita ke Juventus.

Namun, cadangan itu seakan ‘mati’ sebelum laporan mengenai Juventus pula sedang memburu khidmat Roberto Firmino dan bersedia menukarkannya dengan Rabiot.

Bagaimanapun, Liverpool tidak bersendirian apabila dua pasukan dari Ligue 1, Olympique Lyon dan Nice juga dilaporkan berminat untuk membawanya kembali semula ke Perancis.

Veronique yang merupakan ejen dan ibunya sendiri dikatakan mahu membawa anaknya itu pulang ke Perancis dengan Paris Saint-Germain adalah pilihan utama. – AGENSI

POPULAR