fbpx

Kutipan Mat Kilau RM90 juta, Puteri Sarah ucapkan tahniah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI Sarah dengan setulus hati mengucapkan tahniah buat seluruh pasukan produksi, termasuk, suaminya Syamsul Yusof atas kejayaan kutipan RM90 juta filem Mat Kilau.

PETALING JAYA – Kemelut rumah tangga tidak menjadi satu penghalang buat pelakon Puteri Sarah Liyana mengucapkan tahniah dengan setulus hati kepada suaminya, Syamsul Yusof atas kejayaan luar biasa filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang berjaya mencatat kutipan mencecah RM90 juta.

Sarah, 37, ketika ditemui Kosmo! Online dengan mengakui, dia sendiri menyaksikan susah payah yang dilalui pasukan produksi menyiapkan naskhah berkenaan sehingga berjaya menjadi filem terlaris dalam sejarah perfileman Malaysia.

“Dalam kesempatan ini saya mahu ucapkan tahniah kepada suami, Mohd. Syamsul dan juga pasukan Mat Kilau atas kejayaan filem tersebut. Saya tahu macam mana proses mereka melakukan penggambaran dahulu.

“Kalau nak ikutkan, ketika itu saya baru mengandungkan Sumayyah (anak kedua). saya ada pergi ke lokasi penggambaran untuk beri sokongan.

“Saya tahu proses yang dilalui mereka ketika penggambaran termasuk masalah di lokasi dan proses suntingan pun dibuat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan dirinya sebagai wajah produk Inayah Beauty yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya, semalam.

Dalam pada itu, Sarah turut menyifatkan kejayaan yang diraih filem arahan bapa kepada anak-anaknya itu juga berkat doa dan sokongan orang ramai.

“Tahniah kepada semua pelakon, pasukan dan kru yang paling penat sekali. Dan juga kepada pengarah. Alhamdulillah, syukur rezeki dapat RM90 juta sebab ramai yang berdoa. Kepada penerbit iaitu Studio Kembara, tahniah!” ujarnya.

Semalam Kosmo! Online melaporkan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencatat kutipan RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan, sekaligus menjadi filem dengan kutipan tertinggi di negara ini, mengatasi Avengers: End Game yang mengutip RM87 juta dan Munafik 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI