fbpx

Isu bekalan ayam dianggap selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Syed Sirajuddin (empat dari kanan) meninjau sawah padi selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Stesen Penyelidikan Hibrid MARDI-YTSS di Kangar, hari ini.

KANGAR – Isu bekalan ayam yang dilihat meruncing sebelum ini dianggap selesai menerusi beberapa langkah dilaksanakan oleh kerajaan dalam mengatasi masalah tersebut.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Dr. Ronald Kiandee berkata, kerajaan telah mengambil beberapa langkah jangka masa pendek bagi mengatasi isu itu antaranya dengan mengimport bekalan dari luar negara, memansuhkan permit import (AP) dan menghentikan eksport ayam.

Beliau berkata, usaha-usaha itu telah membuahkan hasil dan berjaya menstabilkan bekalan ayam di negara ini.

“Kita lihat tindakan jangka pendek ini telah mula membuahkan hasil dan kita tidak lagi berdepan masalah kekurangan bekalan seperti sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Stesen Penyelidikan Hibrid Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Yayasan Tuanku Syed Sirajuddin (YTSS) di MARDI Perlis di sini hari ini.

Berangkat sama bagi menyempurnakan majlis itu adalah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Pada majlis sama, Tuanku Syed Sirajuddin juga diperkenalkan dengan tiga varieti tanaman baharu iaitu jagung bijirin (Nurlin), varieti jagung manis (SR1) dan varieti padi (Farah).

Kerajaan sebelum ini memutuskan eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan dihentikan mulai 1 Jun lalu sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil dengan keutamaan terhadap bekalan rakyat negara ini.

Penetapan itu merupakan antara beberapa langkah jangka pendek yang diputuskan mesyuarat Kabinet sebelum ini bagi menangani masalah bekalan serta harga ayam.

Mengulas mengenai majlis itu, Ronald berkata, penyerahan Stesen Penyelidikan Hibrid MARDI Perlis-YTSS itu adalah selaras dengan peluasan skop penyelidikan yang tidak hanya tertumpu kepada kajian hibrid untuk padi semata-mata namun turut melibatkan tanaman lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI