fbpx

Anak cari saksi kejadian kemalangan libatkan arwah bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan yang berlaku di Jalan Seremban-Tampin pada pagi semalam.

SEREMBAN – Seorang anak merayu saksi yang melihat kemalangan sehingga menyebabkan bapanya meninggal dunia diminta supaya tampil membantu siasatan.

Nor Azlina Mukhtar, 47, berkata, dia meminta saksi kejadian sebuah lori yang dikatakan menghimpit bapanya dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi di Jalan Seremban-Tampin berhampiran Kampung Baru Rahang semalam untuk tampil bagi membela kematian warga emas itu.

Katanya, dia agak terkilan dan ingin mengetahui bagaimana kemalangan yang melibatkan bapanya Mukhtar Maarof, 72 itu berlaku.

“Daripada rakaman yang saya dapat, bapa menunggang di lorong kecemasan menuju ke arah Tampin namun saya difahamkan sebuah lori bergesel dengan motosikalnya sebelum terjatuh ke jalan.

“Sebelum kejadian itu, bapa pergi ke Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan ketika kejadian arwah dalam perjalanan pulang ke rumah di Senawang,” katanya.

Tambahnya yang merupakan anak kedua daripada enam beradik, dia dimaklumkan ada seorang pengguna jalan raya mengejar lori berkenaan sebelum menghentikan pemandunya dan memberitahu dia melanggar penunggang motosikal.

“Disebabkan rakaman video tidak jelas bagaimana kejadian itu berlaku dan pemandu lori juga menegaskan dia tidak bersalah.

“Kami sekeluarga sangat terkilan dan mahu kematiannya dibela dalam masa yang sama saya tidak mahu menuding jari kepada pemandu lori itu jika benar dia tidak bersalah, namun biarlah kematiannya disiasat dengan adil,” tambahnya.

Jelasnya, dia memohon mana-mana pemandu yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman papan pemuka supaya menghubungi saya di talian 0139041698,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI