fbpx
ANY HASRITA dan suaminya, Al-Adib.

Suami letak syarat labuhkan tudung, Wany Hasrita cubalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Suami kepada penyanyi popular, Wany Hasrita iaitu Mohd. Al-Adib Fahmi Harun meletakkan syarat supaya wanita itu bertudung labuh untuk terus berkecimpung dalam industri hiburan.

Mohd. Al-Adib, 30, memaklumkan, dia selalu mengingatkan Wany tentang tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan energi sama dicernakan wanita itu.

“Apa-apa yang Wany akan buat ataupun dia tanya sama ada dia boleh buat atau tidak, selalunya saya akan tanya ‘kalau saya buat okey tak?’.

“Macam psikologi berbalik lebih kurang begitu. Sebab memang selalu perempuan yang betul, kan? Jadi, saya akan tanya dia baliklah ‘okey atau tidak?’.

“Syarat yang paling pertama sekali saya bagitahu adalah labuhkan tudung. Itu sahaja,” kata Al-Adib yang bekerja dalam industri penerbangan di Kuching, Sarawak.

Menyambut baik saranan yang ditetapkan suami, Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata, dia akan mencuba sedaya upaya untuk memegang amanah daripada pemimpin syurganya itu.

“Saya cuba sedaya upaya waima sebelum ini pun dah memang dinasihatkan cuma, itulah kita punya iman ini kadang-kadang bergegar-gegar juga kan.

“Tapi, insya-Allah selepas ini saya berharap dan doa banyak-banyak semoga Allah tetapkan hati dan cuba mencontohi mereka yang dalam industri tapi masih terjaga serba-serba (soal penampilan).

“Kita cubalah. Kita cuba sedaya upaya,” ujar pelantun lagu Menahan Rindu itu ketika ditemui pada majlis Kesyukuran perkahwinannya di Forest Valley, malam tadi.

Terdahulu, Wany selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Mohd. Al-Adib dengan dua kali lafaz pada Jumaat lalu, pukul 9.11 malam di Glam Hall, Damansara Perdana, Kuala Lumpur.

Mengambil pendekatan untuk merahsiakan perkahwinan daripada pengetahuan umum, Wany berkata, perkara tersebut bagi menghormati privasi suami. – KOSMO! ONLINE

POPULAR