fbpx

Pelancong tempatan berkelakuan tidak senonoh ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi seorang pelancong tempatan yang dikatakan berkelakuan tidak senonoh ketika berkunjung ke Pulau Langkawi, baru-baru ini.

LANGKAWI – Polis menahan seorang pelancong tempatan yang didakwa berkelakuan tidak senonoh di pulau peranginan ini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan sebaik tiba di sini sebaik tiba di pekarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada Sabtu lalu.

“Suspek direman bermula semalam selama tiga hari bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kosmo! Online pada Khamis lalu melaporkan polis sedang mengesan seorang pelancong lelaki tempatan yang dipercayai mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam di sekitar pulau peranginan di sini.

Polis menerima satu laporan polis selepas insiden lelaki terbabit duduk di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI