fbpx

Ismail Sabri kecewa, gaji pekerja tempatan tidak setimpal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan rasa kekecewaannya terhadap gaji yang ditawarkan oleh segelintir majikan di Malaysia yang tidak setimpal dan berpadanan dengan kelayakan pekerja tempatan.

Jelasnya, statistik MYFutureJobs menunjukkan gaji bagi kekosongan jawatan paling banyak ditawarkan di seluruh negara antara RM1,200 hingga RM2,000 sebulan.

“Saya sedikit kecewa kerana gaji ditawar majikan tidak setimpal dan berpadanan dengan kelayakan dan kerja dilakukan oleh anak tempatan, saya meminta supaya majikan mengambil serius mengenai perkara ini kerana pekerja adalah tunjang utama dalam organisasi

“Saya mengingatkan majikan bahawa mulai 1 Mei lalu gaji minimum seseorang pekerja ialah RM1,500 bagi keselesaan hidup,” jelasnya ketika berucap merasmikan Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Tambah beliau, pihak kerajaan ketika ini giat membangunkan ‘talent pool’ yang berkemahiran, produktif dan berpotensi tinggi.

Jelasnya, inisiatif itu dibuat bagi membolehkan gaji yang ditawarkan majikan berpadanan dengan kelayakan dan kemahiran yang dimiliki.

“Bagi menangani ketidakpadanan ini, Kementerian Sumber Manusia (KSM) digesa berunding dengan pihak majikan dan wakil pekerja bagi mengenal pasti pendekatan dan solusi terbaik kepada masalah ini.

“Platform ‘tripartite’ Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan boleh dimanfaatkan untuk melaksanakan konsultasi tiga penjuru bagi mencapai kata sepakat antara kerajaan, majikan serta pekerja,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI