fbpx

Tiada dokumen diri dan langgar syarat sah lesen, tekong warga Indonesia ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tekong warga Indonesia ini ditahan APMM kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah ketika melakukan aktiviti penangkapan ikan kelmarin.

PARIT BUNTAR – Seorang tekong warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) ketika melakukan aktiviti penangkapan ikan di kedudukan lima batu nautika barat daya Pulau Sangga Besar pada jam kira-kira pukul 4.10 petang kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Sharenliza Ghazali berkata, tekong yang berusia 54 tahun itu dikesan melakukan aktiviti penangkapan ikan dengan mengunakan sebuah bot kelas B.

“Semasa membuat rondaan rutin, anggota APMM telah mengesan sebuah bot kelas B yang sedang mengapung dipercayai sedang melakukan penangkapan ikan di kawasan itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati tekong bot tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan gagal mengemukakan dokumen kebenaran mengajikan kru warga asing untuk aktiviti perikanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Sharenliza, pihaknya telah menahan nelayan warga asing itu dan segala peralatan menangkap ikan beserta bot dan hasil tangkapan sejumlah 25 kilogram ikan campur telah dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 8(B) Akta Perikanan 1985. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI