fbpx

Penggunaan katil wad ICU pesakit Covid-19 di Perak bawah 30 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Akmal

IPOH – Jumlah penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 di semua hospital di negeri ini sehingga semalam berada di bawah 30 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, tidak wujud masalah kekurangan katil di wad ICU meskipun kes Covid-19 menunjukkan peningkatan.

Menurutnya lagi, statistik yang diterimanya menunjukkan kadar penggunaan katil ICU paling tinggi adalah 28 peratus pada minggu epid 29 sebelum turun kepada 23 peratus di minggu yang sama, manakala kadar penggunaan katil bukan ICU merekodkan hanya 25.28 peratus pada Julai.

“Penurunan tersebut disebabkan kadar kesembuhan tinggi disebabkan kebanyakan rakyat di negeri ini sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Keadaan ini juga menunjukkan kapasiti penggunaan katil di semua hospital awam di seluruh negeri masih mencukupi dan belum mencapai tahap kritikal,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata meskipun negara ketika ini berdepan ancaman kes influenza (ILI) dan jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) dalam kalangan kanak-kanak, jumlah penggunaan katil di hospital di negeri ini tetap berada di paras rendah.

“Setakat ini, Perak mempunyai 5,370 katil operasi, sejumlah 462 bagi katil Covid-19 dan 22 lagi merupakan katil ICU.

“Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh menyediakan kapasiti katil operasi tertinggi iaitu 1,097 buah diikuti Hospital Taiping sebanyak 608 buah, Hospital Teluk Intan 548 buah, Hospital Seri Manjung 305 buah dan Hospital Slim River 170 buah,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI