fbpx

[VIDEO]Lima maut dalam kemalangan di JRTB Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perodua Alza yang dinaiki lima sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli kelmarin.

GERIK – Lima dilaporkan maut dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan berhampiran Hentian Titiwangsa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 5 petang itu melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dengan pacuan empat roda Toyota Hilux.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood ketika dihubungi berkata, maklumat lanjut mengenai kemalangan itu sedang diperincikan.

“Saya sahkan kemalangan itu berlaku, namum jumlah dan identiti mangsa yang terlibat sedang dikenal pasti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI