fbpx

Tidak sampai 24 jam, polis temukan motosikal curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang ditahan kerana memiliki motosikal curi di bandar Bentong semalam.

BENTONG – Tidak sampai 24 jam kes kehilangan sebuah motosikal dilaporkan, polis berjaya menemukan motosikal berkenaan dalam satu pemeriksaan di sekitar bandar Bentong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, pemeriksaan terhadap nombor enjin motosikal berkenaan mendapati ia adalah motosikal yang dilaporkan dicuri.

“Motosikal yang ditunggang seorang lelaki itu mempunyai rekod hilang yang dilaporkan di balai polis Bentong pada 20 Julai lalu selepas diletakkan di hadapan sebuah restoran di bandar Bentong.

“Suspek yang berumur 19 tahun telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun serta boleh dikenakan denda. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI