fbpx

Tiada bukti kukuh Covid-19 sebabkan zakar mengecut, mati pucuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiada bukti kukuh bahawa jangkitan Covid-19 sebabkan pengecutan zakar lelaki. - Newsweek

BANGKOK – Seorang pakar bedah urologi di  Thailand menegaskan bahawa tiada bukti kukuh yang menunjukkan zakar lelaki akan mengecut jika dijangkiti Covid-19, lapor laman Thaiger, semalam.

Dr. Nantawat Siritanan dari Hospital Nopparat Rajathanee memberitahu kaum lelaki supaya tidak membuang masa berasa bimbang sama ada kelelakian mereka akan terjejas jika dijangkiti wabak koronavirus.

Nantawat menjawab dakwaan yang dibuat kelmarin oleh seorang juruteknik perubatan,  Pakphum Dejhassadin  yang lebih dikenali sebagai Mor Lab Panda.

Pakphum menulis di laman Facebook bahawa dia membaca laporan menyatakan bahawa sebilangan lelaki di Amerika Syarikat (AS) yang dijangkiti Covid-19 menyedari zakar mereka mengecut sehingga 3 sentimeter.

Pakphum menambah, jangkitan koronavirus juga boleh menyebabkan mati pucuk disebabkan aliran darah yang berkurangan lantas membuatkan zakar gagal mencapai ereksi  penuh.

Catatan Facebook itu menerima lebih 36,000 reaksi, lebih 46,000 komen dan dikongsi lebih 27,000 kali.

Nantawat berkata, secara teorinya Covid-19 boleh menyebabkan keradangan organ seks lelaki dan mengakibatkan pembekuan darah.

Namun beliau menambah, kes seperti  itu dikesan dalam jumlah yang sangat kecil di peringkat dunia  dan tidak ada bukti kukuh menunjukkan virus Covid-19 sebagai punca zakar mengecut.

Pakar urologi itu menganggap majoriti pesakit yang dijangkiti virus tersebut hanya paranoid.

Nantawat berkata,  terdapat sebab atau punca lain untuk zakar mengecut atau penyakit Peyronie seperti umur dan masalah obesiti. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI