fbpx

Syarikat degil cemarkan alam sekitar didenda RM36,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil Syarikat Trimax Metal Sdn. Bhd., Chew Fong, (kiri) mengaku salah mengingkari arahan JAS sehingga mencemarkan alam sekitar.

MELAKA – Tindakan berani sebuah syarikat peleburan aluminium mencabar penguatkuasaan dengan mengingkari arahan sehingga mencemarkan alam sekitar membawa padah selepas didenda RM36,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap syarikat Trimax Metal Sdn. Bhd. diwakili Lee Chew Fong, 42, yang mengaku salah sebaik sahaja tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, syarikat berkenaan didapati membina sistem kawalan pencemaran udara bagi mengawal pencemaran udara dari proses peleburan aluminium aloi sekunder tanpa pemberitahuan kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.

Bagi kesalahan itu, syarikat itu didakwa mengikut Peraturan 5(1)(b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan boleh dihukum dibawah Peraturan 29 yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua syarikat itu didakwa di bawah peraturan 5(1)(d) peraturan sama kerana didapati membuat perubahan alat pembakaran bahan api menyebabkan perubahan material dalam kuantiti pengeluaran daripada suatu punca yang sedia ada tanpa pemberitahuan bertulis kepada pihak sama.

Syarikat itu turut didakwa atas pertuduhan mengganggu arahan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(c) Akta Kualiti Alam Sekeliling yang dikeluarkan bagi alat pembakaran bahan api yang digunakan di premis itu.

Justeru, syarikat itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 48AD(b) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Kesemua kesalahan itu dilakukan antara pukul 11 pagi hingga 12.20 tengah hari, 14 september 2021 di Taman Teknologi Cheng di sini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI