fbpx

Khazanah Nasional sedia RM1 bilion bagi pertumbuhan syarikat tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional peruntuk RM1 bilion sebagai pelaburan terhadap syarikat Malaysia dalam meningkatkan inovasi pertumbuhan tinggi menerusi ‘National Fund-of Funds’.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam pengumuman Belanjawan 2024 lalu, beliau menggariskan komitmen kerajaan untuk syarikat Malaysia melibatkan usahawan Bumiputera, syarikat baharu serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang semakin meningkat.

“Kerajaan juga menyasarkan untuk memusatkan agensi pelaburan seperti Malaysia Venture Capital Management Bhd (MAVCAP) dan Penjana Kapital di bawah Khazanah.

“Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati berkongsi bahawa Khazanah Nasional akan melancarkan ‘National Fund-of Funds’ dengan peruntukan awal RM1 bilion untuk melabur dalam inovasi pertumbuhan tinggi syarikat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian sempena Sidang Kemuncak KL20 2024 di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI