fbpx

Muhtar Suhaili dilantik CEO baharu EPIC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhtar Suhaili

KUALA TERENGGANU – Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) telah mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  yang baharu iaitu Muhtar Suhaili berkuatkuasa esok bagi menggantikan Ridzuan Ali yang akan menamatkan perkhidmatannya hari ini.

Muhtar, 43, sebelum ini memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi kumpulan berkenaan. 

Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri minyak dan gas, automotif, komoditi, pengurusan pelabuhan, sektor logistik, dan tenaga boleh diperbaharui itu berazam untuk terus meningkatkan prestasi EPIC.

“Misi saya adalah untuk membangunkan EPIC dengan menjana pertumbuhan perniagaan syarikat sebagai penyedia perkhidmatan buat industri huluan dan hiliran minyak dan gas. 

“Saya akan menggunakan pengalaman mengendalikan dan menguruskan projek mega dan kontrak perniagaan bagi merealisasikan misi berkenaan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini. 

Muhtar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik dari  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ijazah Sarjana Teknologi Petroleum dari Curtin University, Australia. 

Beliau juga adalah bekas  Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) yang menyertai EPIC pada bulan Disember 2022. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI