fbpx

Pesara rugi RM200,000 sertai pelaburan dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IKA (kanan) menunjukkan kumpulan sembang menggunakan nama tokoh pelabur saham popular yang disertainya manakala Nicole Tan Lee Koon menunjukkan laporan polis yang dibuat oleh Ika dalam sidang akhbar di Seremban hari ini.- FOTO : NAZARUDIN SHAHARI.

Oleh : NAZARUDIN SHAHARI

SEREMBAN – Seorang pesara kerajaan kerugian lebih RM200,000 selepas diperdaya menyertai skim pelaburan secara dalam talian yang menggunakan nama seorang tokoh pelabur saham popular.

Wanita berusia 61 tahun itu memindahkan wang dengan sebahagian besarnya adalah bayaran ganjaran sempena pencen, sebanyak 11 kali kepada beberapa akaun bank milik peribadi dan syarikat semata-mata mengejar pulangan sehingga RM1.5 juta.

Sebaliknya, apa yang berlaku, dia akhirnya mengalami kerugian sebanyak RM202,500.

Nasib malang wanita yang dikenali sebagai Ika itu bermula pada 16 Jun lalu apabila dia disenaraikan dalam satu kumpulan sembang dalam talian yang disertai kira-kira 1,000 ahli.

“Setiap hari ahli dalam kumpulan ini bersembang mengenai keuntungan yang mereka peroleh dalam pelaburan saham.

“Keuntungan besar yang mereka raih menarik minat saya untuk menyertainya,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang dekat sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI