fbpx

Malaysia tiada isu kekurangan vaksin flu (influenza)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tiada kekurangan vaksin flu (influenza) di Malaysia seperti yang didakwa malah, ia boleh didapati di banyak klinik dan hospital di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4Life, Prof. Datuk Dr. Zulkifli Ismail berkata, vaksin flu di Malaysia dibekalkan oleh banyak syarikat dan ketidakupayaan sesebuah syarikat tidak menggambarkan keadaan sebenar.

“Kes flu semakin meningkat di seluruh negara sejak kebelakangan ini dan sebagai pakar penjagaan kesihatan, kami menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan suntikan flu tahunan terutama wanita hamil, kanak-kanak kecil, orang yang mempunyai masalah kesihatan kronik dan warga emas.

“Mereka daripada kumpulan berisiko tinggi terdedah kepada flu teruk yang boleh mengakibatkan sindrom gangguan pernafasan akut, radang paru-paru, kegagalan pelbagai organ dan juga kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan beberapa media berhubung seorang doktor tanpa nama menerima memo daripada sebuah pembekal mengatakan, suntikan flu (influenza) hanya akan tersedia pada tahun 2024 sekali gus menyebabkan khabar angin Malaysia menghadapi kekurangan vaksin flu.

Dalam pada itu, Dr. Zulkifli berkata, selain menekankan vaksinasi flu, orang ramai digesa untuk terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka di kawasan tertutup, kerap mencuci tangan dengan sabun dan air serta penjarakan fizikal.

Tegasnya, SOP ini membantu mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19 dan flu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI