fbpx

Cuaca buruk hampir di semua negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 10 negeri malam ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu melibatkan keseluruhan kawasan di Perlis, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.

“Di Kedah melibatkan Kubang Pasu, Kota Setar dan Bandar Baharu manakala di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim,” katanya.

Turut terlibat iaitu Raub di Pahang serta Jelebu, Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan.

“Amaran sama turut dikeluarkan di Johor melibatkan Tangkak dan Muar sementara di Sarawak membabitkan Sri Aman, Betong dan Sarikei (Pakan).

“Bagi di Sabah pula, hujan lebat dijangka berlaku di Pedalaman (Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran),” ujarnya.

Tambahnya, keadaan cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga lewat malam nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI