fbpx

Perancis mahu tikus dinamakan semula elak prejudis manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PARIS – Sebilangan majlis perbandaran Perancis menyatakan bahawa tikus harus dinamakan semula untuk meghalang manusia memandang rendah kepada haiwan itu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Mereka menganggap tikus adalah mangsa prejudis manusia dan nama baharu untuk haiwan itu akan dapat menghilangkan stigma buruk masyarakat.

Ahli majlis perbandaran tempatan, Douchka Markovic yang bertanggungjawab untuk kebajikan haiwan dan kawalan perosak di daerah ke-18 Paris menggesa pertukaran nama itu dan menolak permintaan untuk operasi pemusnahan yang lebih keras.

“Tikus memainkan peranan penting di dalam pembetung dengan mengosongkan beratus-ratus tan sisa dan membuka sekatan pada paip,” katanya.

Jumlah tikus melebihi populasi manusia dengan nisbah hampir dua kepada satu di ibu negara Perancis.

Markovic dalam satu mesyuarat berkata, dia memanggil haiwan itu ‘surmulot’ iaitu istilah kuno untuk tikus biasa. Istilah itu dikatakan mempunyai ‘bunyi yang kurang negatif’.

Markovic menyeru bandar raya itu untuk berhenti menjerat dan meracuni tikus dan beralih kepada cara kawalan populasi yang beretika dan tidak membawa maut termasuk kontraseptif.

Bagaimanapun, Akademi Perubatan Kebangsaan Perancis berkata, tikus menimbulkan ancaman kepada kesihatan manusia kerana pelbagai penyakit disebarkan melalui parasit, najis, gigitan dan cakaran. 

Bilangan tikus di Paris dan Marseilles adalah antara yang paling banyak di dunia, kata akademi itu.

Mereka menyeru langkah pembasmian yang lebih keras dan usaha yang lebih besar untuk membersihkan sisa makanan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI