fbpx

Masakan lebih enak dengan Mahsuri Sos Tiga Rasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk Sos Mahsuri 3 Rasa menjadi pelengkap kepada masakan yang enak.

KESIBUKAN dalam urusan harian kadangkala membuatkan ramai antara kita tiada masa untuk memasak terutamanya apabila perlu menyediakan pelbagai bahan-bahan masakan.

Namun sebenarnya, urusan untuk memasak kini lebih mudah dan pantas dengan adanya pilihan sos daripada Mahsuri Food Sdn. Bhd. yang sentiasa tampil dengan produk berkualiti bagi memenuhi cita rasa pelanggan.

Antara produk keluaran syarikat itu yang pasti membangkitkan rasa setiap hidangan yang disediakan termasuk Mahsuri Sos Tiga Rasa.

Di dalam sebotol sos tersebut terdapat tiga rasa yang menyelerakan iaitu pedas, manis dan masam.

Oleh itu, dalam setiap masakan kita semua pasti dapat merasai keseimbangan ketiga-tiga rasa tersebut.

Selain digunakan dalam masakan, Mahsuri Sos Tiga Rasa juga sesuai digunakan sebagai asas perapan dan juga sos pencicah.

Bagi mereka yang sedang mencari idea memasak dengan menggunakan Mahsuri Sos Tiga Rasa boleh mencuba resipi telur goreng tomato.

Bahan-bahan:
⦁ 3 biji telur / dipukul
⦁ 1 biji tomato
⦁ 1 tangkai daun bawang
⦁ 2 sudu besar minyak masak

Bahan perasa:
⦁ 1 sudu besar Mahsuri Sos Tiga Rasa
⦁ ½ sudu besar Mahsuri Sos Berperisa Tiram
⦁ ¼ sudu kecil garam
⦁ ½ sudu kecil gula
⦁ Sedikit serbuk lada sulah
⦁ ½ sudu besar tepung jagung
⦁ 1 sudu besar air

Cara memasak
⦁ Potong tomato menjadi kepingan kecil dan potong bawang besar menjadi cincang halus. Asingkan dan ketepikan.
⦁ Masukkan ¼ sudu kecil garam dan sedikit lada sulah ke dalam telur yang dipukul dan gaul rata.
⦁ Panaskan minyak masak dalam kuali dengan api sederhana tinggi. Tuangkan adunan telur tadi dan tumis hingga pekat dan ketepikan.
⦁ Masukkan tomato. Tumis hingga naik bau. Masukkan bahan perasa dan kacau rata dengan telur dan tomato sehingga pekat.
⦁ Taburkan daun bawang dan keluarkan ke dalam pinggan dan hidangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI