fbpx

Daiyan Trisha persis selebriti antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAIYAN TRISHA

JIKA bercakap tentang Daiyan Trisha, memang macam-macam cerita yang terpalit ke wajahnya, termasuk isu seksi dan lakonan kayu.

Namun, dalam jutaan kecaman, masih terselit pujian terhadap penampilannya ketika menghadiri sebuah acara hiburan baru-baru ini.

Kata netizen, busana rekaan Rizman Ruzaini yang digayakan membuatkan Daiyan saling tidak tumpah seperti beberapa selebriti antarabangsa, Audrey Hepburn, Angelina Jolie, Gigi Hadid dan Kendall Jenner.

“Ada aura Jolie dalam filem Maleficent!” puji netizen.

“Ini Daiyan Hepburn,” komen seorang lagi netizen.

Ramai betul selebriti dunia disamakan dengannya, tetapi memang tak dapat disangkal Daiyan memang elegan dan berkarisma dengan gaun hitam tersebut.

Manalah tahu, satu hari nanti Daiyan mampu bergelar sebagai ikon fesyen. Dia pun berani mencuba sesuatu yang baharu.

MIZZ LAHAR: Tak habis-habis kes tak senonoh melibatkan penceramah selebriti. Tolonglah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI