fbpx
Gambar kenangan arwah Mohd. Haziq (kanan) ketika minum bersama bapanya, Harris baru-baru ini.

Mimpi abang berdiri di tangga Pulau Jerejak, petanda mahu ‘pergi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Adik bongsu kepada mangsa kelima, Mohd. Haziq Harris, 34, yang maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, Gelugor di sini Ahad lalu tidak menyangka mimpi abangnya berdiri di atas tangga paling tinggi di Pulau Jerejak rupanya petanda dia mahu pergi.

Siti Hadilah Harris, 30, berkata, dia sedih dengan berita kematian abang ketiga daripada empat beradik itu setelah dua hari mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Saya ada mimpi abang sedang berdiri di atas tangga paling tinggi di Pulau Jerejak tanpa bercakap.

“Saya percaya, itu petanda abang pergi buat selama-lamanya sepertimana berlaku hari ini. Apapun, kami sekeluarga reda dengan pemergiannya,” katanya sebak ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HPP di sini petang tadi.

Cerita Siti Hadilah lagi, abangnya yang bekerja sendiri itu sememangnya seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap.

“Dia selalu tolong ayah dan ayah juga selalu berpesan kepadanya setiap kali keluar rumah. Sabtu lalu, abang minta saya masakkan sotong goreng kunyit untuknya,” ujarnya.

Jenazah Mohd. Haziq dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pak Elong, Kepala Batas malam ini. – KOSMO! ONLINE

POPULAR