fbpx

Isu penyeludupan tak selesai selagi ada budaya rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rasuah perlu diperangi bagi mengelak sebarang kemudaratan.

PETALING JAYA – Isu penyeludupan minyak diesel dan petrol ke negara jiran sukar dikekang sekiranya isu rasuah tidak dibanteras daripada akar umbi.

Pensyarah Undang-undang dan Polisi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, isu ini juga sukar diben­dung daripada terus berlaku sekali pun undang-undang berkaitan telah dipinda.

Jelas beliau, peraturan sedia ada sudah cukup untuk mengekang masalah ini, namun ia telah ‘digagalkan’ oleh segelintir individu yang mengamalkan rasuah.

Berita berkaitan: Penyeludup makin rakus jual diesel, petrol subsidi

“Bagi saya undang-undang sedia ada berkaitan penyeludupan ini sudah cukup, tetapi ia bergantung kepada mereka yang melaksanakan serta menguatkuasakan undang-undang itu.

“Selagi elemen rasuah dan masalah integriti masih berleluasa dalam kalangan penguat kuasa, isu ini akan terus berlarutan dan tiada kesudahannya,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Muhammad Fathi berkata, selain isu rasuah, kita juga perlu melihat perkara ini dari sudut penguatkuasaan terutamanya di sempadan negara.

Senada dengan Muhammad Fathi ialah seorang lagi Pakar Undang-Undang, Prof. Dr. Ahmad Murtadha Mohamed yang memaklumkan bahawa undang-undang berkaitan dengan penyeludupan yang ada ketika ini sudah memadai dan hukumannya juga setimpal.

Namun katanya, apa yang membelenggu isu ini adalah berkaitan integriti segelintir pe­nguat kuasa yang mengamalkan rasuah, permintaan yang tinggi di luar negara serta rangkaian sindiket antarabangsa.

“Amalan rasuah oleh segelintir penguat kuasa terutamanya di sempadan negara telah ‘merancakkan’ aktiviti penyeludupan sehingga mereka tidak takut kepada undang-undang sedia ada.

“Selain itu, permintaan kepada diesel dan petrol ini sangat tinggi di negara jiran dengan penawaran harga tinggi menyebabkan ramai yang berani melakukan aktiviti penyeludupan,” katanya.

Kosmo! semalam mendedahkan mengenai kerakusan sindiket yang bersekongkol dengan ste­sen minyak untuk menyeleweng bahan api itu termasuk menyeludupnya ke negara jiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI