fbpx

Spurs terus ‘bernafsu’ ikat pemain baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOUNDE dikaitkan dengan Chelsea sejak beberapa bulan kebelakangan ini, namun Spurs bersedia untuk menghalang perpindahan itu daripada menjadi realiti. – AFP

LONDON – Tottenham Hotspur terus giat untuk memperkuatkan pasukan apabila dilaporkan bersedia untuk membawa masuk pemain pertahanan Sevilla, Jules Kounde pada jendela perpindahan kali ini.

Perkembangan terbaharu itu pastinya meresahkan Chelsea apabila kelab itu dikaitkan dengan perpindahan Kounde sejak musim sejuk lalu.

Skuad kendalian Antonio Conte itu ketika ini sudah membawa masuk lima pemain baharu yang dianggap berkualiti selepas mengesahkan kehadiran Richarlison, Cle­ment Lenglet, Ivan Perisic, Fraser Forster dan Yves Bissouma.

Bagaimanapun, Conte dan pengarah kelab, Fabio Paratici dilaporkan masih belum ber­puas hati menyebabkan mereka menjadikan Kounde yang memiliki klausa pelepasan bernilai £76 juta (RM400.83 juta) sebagai sasaran baharu.

Bagi memujuk Sevilla untuk melepaskan pemain berkenaan, Spurs dilaporkan bersedia mengemukakan tawaran yang menarik apabila bersedia membuat bayaran secara tunai selepas memberikan empat pilihan pemain kepada kelab Sepanyol itu sebagai sebahagian daripada terma pertukaran.

Mereka dilaporkan mengemukakan nama-nama seperti Giovani Lo Celso, Tanguy Ndombele, Harry Winks dan Sergio Reguilon untuk dipilih oleh Sevilla.

Berdasarkan laporan awal, Sevilla pula berminat untuk membawa pulang bekas pemainnya, Reguilon ke Ramon Sanchez-Pizjuan selain pemain itu juga gagal memikat Conte untuk terus kekal di Spurs. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI